KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
17 Julai 2017 | 23 Syawwal 1438
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.” – As Saff,14
Assalamualaikum,
1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam ‘kerja besar’ kita semalam terutamanya Exco Pemuda Kawasan, pemuda-pemuda cawangan, ahli ARC ( Alternative Riding Club), anggota Jabatan Amal, guru-guru PASTI dan penyokong kepada Gerakan Islam ini.
2. Program Pelancaran Jentera Pilihanraya yang bermula jam 4 petang dan berakhir hampir jam 1 pagi menunjukkan kekuatan jentera pemuda yang sudah bersiap siaga untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara khususnya Parlimen Permatang Pauh dan 3 DUN di dalamnya.
3. Program yang penuh gemilang ini berjaya menghimpunkan lebih seratus buah motosikal daripada kelab ARC yang bergerak konvoi dari Jalan Baru, Perai ke tapak Perlancaran Jentera Pilihanraya PAS di Kubang Semang dengan disertai oleh Naib Presiden PAS, YB Ust Idris Ahmad. Penyertaan yang sangat memberansangkan ini menunjukkan betapa sokongan anak muda kepada perjuangan PAS dan harapan besar mereka untuk PAS menerajui Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke-14 ini.
4. Seterusnya solat Asar berjamaah di Masjid Kubang Semang memberikan simbolik bahawa perjuangan PAS ini diasaskan oleh aqidah dan solat berjamaah. Kiraan rambang saf muslimin memberi angka hampir 700 orang yang bermakmumkan Naib Presiden PAS.
5. Anggota Amal menzahirkan disiplin dan komitmen mereka dengan perbarisan hormat dibawah terik panas matahari serta melaksanakan tugasan mereka menjaga kelancaran lalulintas, keselamatan kenderaan dan pengunjung serta memastikan tiada sebarang indisen tidak diingini berlaku.
6. Majlis perlancaran bermula dengan ucapan daripada YDP PAS Kawasan, Tn Hj Omar Hasan, dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, YB Ust Idris Ahmad dan diakhiri dengan temuramah dengan wartawan media. Majlis tersebut yang dihadiri lebih daripada 2000 orang petugas menzahirkan komitmen mereka kepada kemenangan PAS di Permatang Pauh.
7. PAS memberikan harapan kepada rakyat Permatang Pauh yang sudah jemu dengan penindasan ekonomi yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional kepada rakyat. PAS menyediakan alternatif kepada rakyat Permatang Pauh yang sudah hilang kepercayaan kepada PKR, PAN dan DAP yang tidak lagi mempunyai halatuju yang jelas dalam perjuangan dengan menawarkan penyelesaian berlandaskan Islam kepada masyarakat yang menjamin keharmonian dan keamanan rumahtangga dan meningkat taraf hidup rakyat.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
Ir. AHMAD RAFAEI DATO Ir. A RASHID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh
{jathumbnail off}