Home Berita PAS Pahang

Pejuang bukan penganggur

458
SHARE

KERJA-KERJA MEMENANGKAN ISLAM itu terlalu banyak, namun ramai yang MENGANGGUR.

 

KPI paling jelas ialah SULITNYA NAK MENCARI PETUGAS apabila berlaku kekosongan. Masing-masing bertolak belakang. Menjadi WARAK tiba-tiba, menolak dengan berbagai ALASAN.

 

Akhirnya, tugas demi tugas terpaksa digalas oleh INDIVIDU YANG SAMA. Kadang kala mereka yang SANGAT TERBEBAN itu sudah begitu tepu. Tepu dengan mesyuarat dan tepu mengisi berbagai program. Ada yang berminggu dan berbulan bulan berjauhan dari keluarga. Sedihnya.. berapa kerat yang simpati!.

 

Simpati tidak cukup.. sepatutnya, AMBILLAH sedikit beban mereka. Bukankah kita semua mahu pahala dan mahu ke syurga?. Alangkah banyaknya RUANG & PELUANG mencari Syurga yang disediakan oleh JEMAAH.

 

Tetapi berpadakah menyokong perjuangan Islam dengan memberi undi lima tahun sekali?

 

Al Fadhil Ustaz Abdul Karim

Ahli Jawatankuasa

Dewan Ulama PAS Negeri Pahang

 

Gambar hiasan