Home Berita PAS Pulau Pinang

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Jelutong, Tanjong dan Bukit Gelugor Berlangsung Meriah

676
SHARE

JELUTONG : Meriah dan penuh muhibah- itulah gambaran bagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Jelutong, PAS Kawasan Tanjong serta PAS Kawasan Bukit Gelugor yang telah berlangsung pada 16 Julai 2017, bersamaan 22 Syawal 1438H.

Kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak awal pagi lagi menyaksikan dataran ruangan tempat letak motorsikal Masjid Jamek Jelutong dipenuhi dengan pengunjung yang hadir, dengan anggaran kehadiran seramai 500 orang penduduk sekitar Parlimen Jelutong.

Majlis yang berlangsung turut dimeriahkan dengan kehadiran 3 Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan iaitu Ustaz Muhammad Imran Muhammad Saad (YDP Jelutong), Tuan Yaacob Omar (YDP Tanjong) serta Tuan Mazlan Pawanchik (YDP Bukit Gelugor). Turut serta hadir, Timbalan Pesurujaya 3 PAS Pulau Pinang, Tuan Norazman Ishak bersama sebuah bas dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang serta Pusat Dakwah Serantau.

Antara ucapan dan kalam yang menyentuh semangat disampaikan adalah “Setelah mengharungi bulan Ramadhan yang merupakan madrasah tarbiah dari Allah, kita raikan kemenangan di bulan syawal akan tetapi jangan lupa yang kita mempunyai jihad besar iaitu mengharungi Pilihanraya Umum Ke 14 yang mana ia merupakan usaha dan medan untuk memastikan syariat islam terus diperkasa dan dilaksana bagi umat islam.

Kehadiran Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan serta wakil pemuda dari Penang Front Party (PFP) pula membuktikan bahawa semangat muhibah terus terjalin antara pimpinan PAS dengan Parti Cina di kawasan ini meskipun kedua-dua parti masih belum mempunyai ikatan politik.

Pelbagai menu istimewa seperti nasi daging, ketupat, bihun sup, lontong serta kuih muih disediakan sempena majlis berkenaan dan apa yang menariknya, menu-menu ini disediakan oleh ahli PAS di kawasan Jelutong, Tanjong dan Bukit Gelugor.

{jathumbnail off}