Home Berita PAS Terengganu

Untung Anak Syarikat Terengganu Disalur Bantu Keluarga B40

10
SHARE

Oleh : Muhamad Irfan

KUALA NERUS – Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Konsortium Perumahan Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) menyumbang peralatan sekolah di beberapa DUN terpilih sebagai satu usaha meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi menghadapi kemasukan persekolahan yang tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Zaharuddin Zahid menghargai sumbangan KOPERAT atas usaha murni yang dilakukan walaupun keuntungan syarikat tersebut tidak sebesar Syarikat GLC lain.

“Terima kasih kepada KOPERAT kerana sudi menyampaikan barangan sekolah kepada penduduk Dun Bukit Tunggal. Bukan hanya setakat di Dun Bukit Tunggal sahaja, KOPERAT juga membuat sumbangan di DUN-DUN lain seperti Air Putih, Alur Limbat, Besut dan lain-lain.

“Walaupun KOPERAT tidak banyak lagi keuntungan, tetapi akan cuba memberikan sumbangan sebanyak yang boleh kerana kita percaya semakin banyak yang diberi, semakin Allah SWT menambahkan lagi rezeki kita,” katanya.

Beliau juga berkata, penubuhan Anak Syarikat Terengganu (GLC) bukan hanya menjalankan perniagaan, malah keuntungan tersebut dikembalikan bagi membantu rakyat Terengganu.

“Hasrat Kerajaan negeri melalui GLC-GLC yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dan keuntungan tersebut diberikan semula kepada Kerajaan dan sebahagian disalurkan kepada rakyat semula,” ujarnya.

Sementara itu, Zaharuddin mengharapkan doa daripada penerima bantuan agar KOPERAT akan bertambah maju dan mampu untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

“Saya mengharapkan doa dari tuan puan, supaya Syarikat Konsotium Perumahan Terengganu (KOPERAT) akan maju bagi menghadapi cabaran ekonomi tahun akan datang,” katanya.