Home Berita PAS Terengganu

34 PPS diaktifkan di Hulu Terengganu, tempatkan 2,155 mangsa

24
SHARE

HULU TERENGGANU – Mangsa banjir di Hulu Terengganu terus meningkat kepada 2,155 orang setakat pukul 10 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Ketika ini, semua mangsa membabitkan 737 keluarga itu ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS).

Enam mukim di daerah ini terjejas banjir iaitu Hulu Telemong,Tersat,Hulu Berang,Tanggol,Kuala Telemong dan Penghulu Diman.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan, dua sungai di daerah ini melepasi paras bahaya, satu berada di tahap waspada dan dua sungai lepasi tahap menurun.

Dua sungai melepasi paras bahaya adalah Sungai Kuala Ping iaitu 21.48 meter (m) dan Sungai Kampung Menerong (25.08m ).

Dua sungai melepasi tahap menurun iaitu Sungai Kampung Tanggol iaitu 6.66m dan Sungai Kampung Dura 9.32m.