Home Kenyataaan Media PAS Perak

PAS Perak sokong kempen patriotik pertahan kedaulatan negara | Kenyataan Media

12
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

PAS PERAK SOKONG KEMPEN PATRIOTIK PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA

PAS Perak menyokong semua usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.  Ini selaras dengan perlembagaan PAS fasal 5 ceraian (2) Yang menyebut tujuan PAS ialah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.  Sehubungan dengan itu PAS Perak menyokong keprihatinan pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat Malaysia yang mengibarkan bendera Malaysia sebagai usaha simbolik mempertahankan kedaulatan negara di Teluk Intan semalam

PAS Perak juga merasa kesal kerana pihak Majlis Daerah Teluk Intan difahamkan telah menghantar bantahan kepada pihak Polis Daerah Hilir Perak susulan permohonan pihak NGO Patriotik bagi mengadakan himpunan awam mengibarkan jalur gemilang pada petang Sabtu 16 November 2024 semalam.

Sebelum ini pihak Majlis Daerah Teluk Intan tidak  dilaporkan  mengambil tindakan atau bantahan terhadap himpunan keagamaan yang berlaku insiden mengibar bendera China melibatkan perarakan kereta berhias serta lebih 400 peserta  Perhimpunan tersebut seperti disahkan tiada permit oleh Ketua Polis Perak dalam laporan media awal .  Namun pihak polis juga dilaporkan media pada 26 oktober bahawa penganjur telah melanggar syarat permit,  berbeza dengan kenyataan awal sebelum itu.

PAS Perak mengucapkan tahniah kepada rakyat yang berhimpun petang semalam dalam hujan lebat demi menjunjung kedaulatan negara dengan kekal mematuhi arahan  pihak berkuasa dalam keadaan aman.  Menurut akta perhimpunan awam,  rakyat diberikan kebebasan untuk berhimpun secara aman .

Lawatan sambil kibar Jalur Gemilang bagi menggantikan pembatalan himpunan  awam yang mendapat sambutan termasuk dari Kedah,  Pulau Pinang dan Selangor oleh pelbagai lapisan masyarakat adalah tanda rakyat Malaysia masih mempunyai jatidiri mempertahankan kedaulatan negara. Pastinya rakyat ingin melihat kelompok  yang mencemar kedaulatan negara  seperti mengibar bendera asing yang bercanggah akta sedia ada di ambil tindakan segera .

Himpunan yang telah di batalkan itu tetap berlangsung secara kesedaran rakyat tanpa mobilasi oleh mana mana pihak. Kehadiran pelbagai peringkat berlaku atas semangat patriotik dan cintakan negara.

Sesungguhnya mempertahankan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang mesti dipikul seluruh warganegara.  PAS sebagai sebuah parti politik yang menjadikan perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara sebagai tujuan termaktub dalm perlembagaan akan terus bersama gelombang rakyat dalam perjuangan ini.

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK

17 NOVEMBER 2024 / 15 JAMADIL AWAL 1446H