Home Berita PAS Terengganu

Bercerai Untuk Hidup Bersama Pasangan Sejenis

10
SHARE

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Kian menular dalam masyarakat Islam di Malaysia hari ini, bercerai dengan pasangan semata-mata untuk hidup serumah bersama pasangan sejenis.

Mengulas lanjut pendakwah selebriti, Ustazah Asmak Hussin berkata tindakan menyukarkan pihak berwajib mengambil tindakan apabila mereka tinggal serumah.

“Ini makin berkembang dan. melibatkan aqidah, mereka bermain-main dengan hukum Allah, menganggapnya biasa, alasan cinta,” jelasnya.

Beliau mendedahkan demikian dalam Kuliah Dhuha bertajuk ‘Keluarga Bahagia, Suami Qawwam, Isteri Bidadari Syurga’ di Masjid Kampung Nibong di sini 25 Oktober sempena Karnival Jom Ke Masjid.

Pelancarannya telah diadakan pada 24 Oktober, khamis malam Jumaat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Dato Wan Sukairi Wan Abdullah.

Di dalam ucapannya, beliau menyebut, masjid sebagai tempat untuk komuniti di semua peringkat umur berkumpul dengan program dan aktiviti yang telah dirancang dalam mendidik mereka untuk mendekati rumah Allah itu.

“Program sebegini sangat penting untuk kita mengajar komuniti setempat mencintai masjid dan memakmurkan masjid di sekitar kita,” ujarnya.

Program anjuran Lajnah Dakwah PAS kawasan itu yang diketuai Ustaz Aidil Adha Tahir dengan kerjasama Masjid Kampung Nibong, menampilkan penceramah bebas Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, Ustazah Asmak Hussin, turut diadakan pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan.