Home Berita PAS Perak

Kedaulatan negara tiada kompromi | Kenyataan Media Ketua Pembangkang Perak

10
SHARE

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMBANGKANG DEWAN NEGERI PERAK

KEDAUALATAN NEGARA TIADA KOMPROMI : KERAJAAN NEGERI PERAK DIGESA MENYIASAT PROGRAM MELANGGAR UNDANG-UNDANG DI MENARA CONDONG, TELUK INTAN

1. Satu lagi insiden dan tindakan melampau oleh sesetengah pihak sedang tular di media sosial telah berlaku di sekitar kawasan Menara Condong, Teluk Intan apabila ada dalam kalangan mereka mengibarkan bendera negara lain di negara ini.

2. Setakat pada waktu ini pihak kerajaan negeri hanya diam beribu bahasa dan tiada sebarang penjelasan diberikan kerana perkara tersebut telah menimbulkan kegusaran dan persoalan buat rakyat negeri Perak khususnya. Siasatan perlu dilakukan dengan sesegera mungkin apatah lagi yang menyebarkan video tersebut merupakan EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Perak.

3. Perkara ini jika tidak dibendung kemungkinan akan menganggu keharmonian kaum bahkan sudah terang – terang lagi telah termaktub didalam undang-undang Malaysia Di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193), Seksyen 3 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

4. Perpaduan antara kaum dibina melalui sifat saling menghormati antara satu sama lain berasaskan ketetapan yang ada didalam perlembagaan serta prinsip undang-undang yang digunapakai bagi menjaga ketenteraman awam.

5. Kami di saf pembangkang dengan ini mengesa pihak kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai video yang telah tular didalam satu yang dikatakan upacara dengan melaksanakan siasatan yang telus dan menyeluruh demi memastikan imej negeri Perak ini terjaga dan terpelihara daripada sebarang anasir yang mampu mengugat keharmonian kaum dan melanggar prinsip 3R.

6. Pihak saf pembangkang juga menuntut permohonan maaf daripada EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADN Pasir Berdamar kerana telah membuat video daripada Facebook rasmi walaupun telah dipadam oleh empunya akaun media sosial.

Sekian.

YB TUAN HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA AAP., PJK.,
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak/ ADN Gunong Semanggol
25 Oktober 2024/ 22 Rabiulakhir 1446H