Home Berita PAS Perak

Kerajaan perlu keluarkan kenyataan rasmi letupan misteri

44
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

Kerajaan perlu keluarkan kenyataan rasmi letupan misteri

PAS Perak bersama masyarakat khasnya penduduk sekitar bandaraya Ipoh yang inginkan penjelasan kerajaan dan pihak berautoriti berkaitan letupan misteri pada Isnin 21 Oktober 2024. Ia suatu misteri yang tiada penjelasan pihak berautoriti sehingga kini.

Mengikut sumber, kejadian letupan ini pernah berlaku pada tahun 2012, 2018 dan 2024.  Ia juga direkodkan berlaku pada masa yang sama sekitar jam 11 pagi. Ini bermakna ia berlaku enam tahun sekali untuk kali ketiga. Jika perkara ini benar, misteri ini sesuatu yang besar dan perlukan kenyataan rasmi dari pihak autoriti.

PAS Perak mengikuti penafian dari pelbagai pihak terhadap teori letupan misteri tersebut termasuk yang terkini pihak TUDM menafikan kemungkinan kesan super sonic susulan teori seorang pakar baru baru ini.

PAS Perak juga mengikuti penafian dari pihak Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG), Pejabat  Daerah Tanah (PDT), Pasukan Gerak Am (PGA), Tentera Udara Di Raja (TUDM), Akademik Tentera Udara (ATU), Meteorologi (METMalaysia) termasuk Pihak Polis (PDRM). Penafian pihak berkuasa  yang berkaitan tidak membawa apa apa makna selagi tiada suatu kenyataan rasmi dari pihak kerajaan. Kenyataan rasmi ini penting untuk rujukan dan kebertanggungjawaban terhadap sebarang tindakan yang bakal berlaku.

PAS Perak dengan mendesak agar suatu siasatan menyeluruh dilakukan dan kenyataan rasmi dari kerajaan negeri atau Persekutuan perlu di buat. Ini bagi menjawab persoalan kejadian yang telah berulang kali berlaku dan kekal misteri yang meresahkan penduduk Perak khasnya Bandaraya Ipoh.

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA

PAS NEGERI PERAK

23 OKTOBER 2024 / 19 RABIULAKHIR 1446H