Home Berita PAS Terengganu

DAP jangan masuk campur isu halal – Hanafiah

25
SHARE

KUALA TERENGGANU, 7 September – Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok digesa menarik balik kenyataan berkait cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal.

Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Teresa didakwa bersikap biadab apabila meminta kerajaan mengkaji semula penguatkuasaan pensijilan halal dalam industri makanan.

“Teresa jangan kurang ajar, tarik segera dan mohon maaf kepada umat islam.

“Nampaknye DAP semakin biadap apabila menjadi sebahagian kerajaan walanon.

“Tiada maaf bagimu yang mencampuri urusan agama islam dan saya mohon pihak berkuasa ambil tindakan kerana mencerca 3R,” ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Semalam, naib pengerusi DAP itu berkata pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Ahli Parlimen Seputeh berkata, ia dilihat menghalang kebebasan pilihan pengguna serta bertentangan semangat kepelbagaian budaya dalam negara malah mungkin memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.