Home Berita PAS Pahang

Mesyuarat Agung agenda penting dalam parti

136
SHARE

Oleh : NUR ROY NABILA

BENTONG, 7 Mei – Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) menjadi tanggung jawab muslimat untuk menghadirkan diri sebagaimana yang telah termaktub dalam Buku Perlembagaan PAS.

Begitulah antara kandungan ucapan perasmian MAT kali ke-39 Dewan Muslimat PAS (DMP) Bentong  oleh Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Malaysia Nuridah Mohd Salleh di Pondok Abrar di sini kelmarin.

Tambahnya kehadiran adalah penting sebagai perangsang dan motivasi untuk menjalankan gerak kerja tarbiyyah, dakwah dan siasah untuk pemantapan parti

“Muslimat juga kena rujuk buku perlembagaan, kena tahu dan cakna dengan peraturan-peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan dalam Buku Perlembagaan PAS agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan tidak berlakunya pembatalan mesyuarat setelah ianya diadakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua (DMP) kawasan Bentong Yusma Yusof mengingatkan muslimat agar sentiasa menjaga keselamatan diri dengan amalan-amalan soleh yang menjadi sunah ajaran baginda Nabi Muhammad SAW.

Pemerhati MAT dari DMP Negeri Pahang adalah Sarah Ahmad, manakala pemerhati dari PAS kawasan Bentong adalah Azmi Mat Arif, turut hadir Yang Di Pertua PAS kawasan Bentong Khairuddin Abdullah, Naib Yang Di Pertua Kasim Samat dan Ketua Dewan Ulamak kawasan Bentong Ustaz Roslan Md Esa.