Home Berita PAS Sabah

Rumah Terbuka PAS Putatan erat ukhuwah sesama manusia

43
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
8 April 2024

PUTATAN: “Saya bersama pimpinan PAS Sabah mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan juga kehadiran perwakilan daripada parti Gerakan Sabah yang bersama pada malam ini dan parti-parti lain serta semua tetamu,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Aliakbar Gulasan.

Kata beliau, PAS negeri merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Putatan kerana berjaya menganjurkan rumah terbuka ini.

Beliau berharap ia menambah eratkan hubungan ukhuwah dan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira latar belakang.

“Mudah-mudahan amalan kita sepanjang Ramadan yang lepas disambung dengan Syawal, segalanya berada dalam kebaikan dan naungan serta rahmat keberkatan daripada Allah SWT, “ujarnya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Putatan di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Sabah pada Sabtu lepas.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya 2 dan 3 PAS negeri, Ustaz Rafihi Wasihin dan Dr. Afifi Saifuddin, Bendahari, Abdul Hisham Othman, Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Azman Jupri dan pimpinan serta ahli PAS kawasan lain.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Alexander Lo Su Hyen, Pengerusi Pejuang Sabah, Dr. Hj Nicholas Sylvester dan barisan ahli setiap parti turut hadir memeriahkan majlis.

Seramai 1,000 lebih pengunjung hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS kawasan Putatan.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS negeri, Dr. Afifi Saifuddin juga berterima kasih kepada semua kerana sudi datang memeriahkan majlis pada malam ini. Kita harap dengan pertemuan malam ini membuahkan keberkatan daripada Allah SWT.

Katanya, PAS mengucapkan selamat hari raya kepada semua terutama yang berada di daerah DUN Putatan ini.