Home Berita PAS Pahang

Kenderaan rasmi ditolak ketika menjalankan tugas

104
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 4 Mei – Kereta rasmi Pusat Khidmat DUN (PKD) Beserah terpaksa ditolak beramai kerana mengalami kerosakan di Balok di sini hari ini.

Insiden berlaku ketika Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu sedang menjalankan tugas rasmi meraikan jemputan yang diterima dari warganya hari ini.

Menurut pemandu kenderaan PKD Beserah Mohd Hassan Samsudin, kereta Nazaria itu adalah kenderaan rasmi PKD yang telah berkhidmat lebih dari 13 tahun sumbangan dari individu untuk gerakerja PKD.

Sementara itu Pegawai PKD Mohd Firdaus berkata gerakerja ADN diteruskan mengguna kenderaan lain bagi memenuhi beberapa undangan rumah terbuka dan majlis perkahwinan.

Dalam pada itu Andansura Rabu juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada dua orang pelajar di Kampung Jeram Beserah dalam gerakerja beliau hari ini.

Menurut Firdaus, dua orang pelajar berkenaan memerlukan bantuan untuk membayar yuran persekolahan setelah bapa mereka sakit dan tidak bekerja.

Tindakan segera Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Beserah Tengah mengumpul dana berjaya membantu keluarga ini.