Home Berita PAS Perak

YDP PAS Gerik kemalangan dalam perjalanan berbuka puasa

13540
SHARE

Oleh: Mohd Syamil Azhar
Tarikh: 29 Mac 2024

LENGGONG: Terdapat kemalangan jalan raya di Jalan Raya Gerik – Lenggong di Kampung Sawa yang melibatkan Yang DiPertua (YDP) PAS Gerik, Ustaz Khalit Hassan, 62, dan anak perempuannya, Nur Afifah, 22, petang semalam.

Ustaz Khalit mengalami kecederaan patah bahu kiri manakala Nur Afifah mengalami cedera patah satu tulang rusuk kiri dan kedua-duanya adalah penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Rafie Harith, 25, anak ke-6 beliau.

Kenderaan mereka yang sedang dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah kakak Nur Afifah di Padang Rengas itu telah terbalik selepas terbabas.

Mereka telah dibawa ke Hospital Taiping kira-kira jam 10 malam untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong.

Ustaz Khalit telah menjalani pembedahan surgical sebelum Subuh dan kini berada di ICU. Manakala Nur Afifah hanya memerlukan rawatan sebagai pesakit luar sahaja.

Sebelum itu, Naib Yang DiPertua PAS Lenggong, Jamil Yahya, sempat memberikan bantuan awal di Klinik Kesihatan Lenggong pada waktu kejadian.