Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semarak Kasih Ramadan ke Perlis

45
SHARE

Mac 17, 2024

KANGAR, PERLIS : Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) DMPM, Dr Uyun Malek dalam Siri Jelajah Semarak Kasih Ramadan telah singgah di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), di sini.

Dalam ziarah menyantuni 50 orang dari golongan MOSWAY (Miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah, yatim) itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dari orang ramai bagi meringankan beban golongan terbabit.

Beliau diiringi Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Puan Norhasmayati Cheme serta beberapa yang lain ketika menyampaikan bantuan sumbangan program ini di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS).

Lanjutan itu, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Ketua Muslimat PAS Negeri, diikuti ucapan oleh Pengerusi LKKS DMPM dan pengisian tazkirah oleh AJK Ulama Negeri, Ustazah Nadia Mohd Yunos. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan.

Dr Uyun Malek, dalam ucapannya dengan penuh pengharapan agar senyuman terukir pada semua penerima dengan sumbangan kecil ini,

“Pihak LKKS dan lain-lain NGO akan sentiasa berusaha untuk menyumbang kepada yang kurang bernasib baik di seluruh negara agar sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang, sabar serta penuh syukur kepada-Nya,” jelasnya di hadapan penerima sumbangan itu.

Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia bagi program Semarak Kasih Ramadan (SKR) ini.