Home Berita PAS Sarawak

Program Edaran Kurma: Menceriakan Ramadan di Kampung Astana

29
SHARE

Petra Jaya, 16 Mac – Sebuah Program Edaran Kurma yang dianjurkan oleh Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat Pas Petra Jaya berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Astana.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ) kepada masyarakat umum serta memberi gambaran bahawa PAS bukan sekadar jemaah yang berteraskan politik semata-mata.

Program ini juga dijalankan agar sama-sama menghayati dan menghidupkan suasana Ramadan disamping berkongsi makanan sunnah kepada masyarakat.

Sasaran program ini adalah kepada masyarakat awam, dengan jumlah penerima sebanyak 107 orang.

Di dalam program ini, penerima menerima sumbangan berupa buah kurma dan risalah Ramadan. Ia juga menjadi platform untuk masyarakat berinteraksi secara langsung dengan DMPKPJ.

Program Edaran Kurma ini membuktikan bahawa PAS tidak hanya terlibat dalam aktiviti politik, tetapi juga aktif dalam kegiatan sosial dan kebajikan masyarakat. Sumbangan dan sokongan dari masyarakat amat dihargai dalam memastikan kejayaan program ini.