Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Mengimarahkan Ramadan

21
SHARE
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.”
Ramadhan merupakan tetamu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam saban tahun.
Ia adalah madrasah tarbiyah yang penuh dengan ganjaran hebat dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Sebagai umat Islam, kita wajib mensyukuri kurniaan ini dengan merebut segenap ruang dan peluang dalam bulan Ramadhan untuk beramal soleh.
Justeru, PAS Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Selamat Mengimarahkan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya.
Semoga kita merancang dengan sebaik mungkin untuk bermujahadah mengerjakan amal soleh dalam bulan ini biiznillah.
USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan