Home Berita PAS Sabah

Pelajar sekolah menengah terima bantuan persekolahan

8
SHARE

Oleh: Nurul Fasihah
9 Mac 2024

KINABATANGAN: Pelajar sekolah menengah menerima bantuan persekolahan dalam program Back To School siri kedua yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kinabatangan, di sini kelmarin.

Seramai 51 pelajar yang terdiri dari 4 buah sekolah menengah telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieyya Puddin diiringi oleh Pengarah program, Shahirah Salasain.

Menurut Tieyya, bantuan yang diberikan merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai bagi melaksanakan aktiviti tahunan PAS Kawasan itu.

“Program ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak bagi memulakan sesi persekolahan.

“Adik-adik yang dapat sumbangan mesti belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa kedua ibu bapa,” ujarnya.

Selain menyampaikan sumbangan, turut diadakan program gunting rambut percuma serentak untuk murid sekolah rendah yang berumur 7 hingga 12 tahun.