Home Berita PAS Pahang

SkimPAS menceriakan keluarga yang ditinggalkan

85
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 7 Mac – SkimPAS merupakan satu program kebajikan PAS untuk ahli-ahlinya bagi melindungi dan memberi sumbangan dalam bentuk khairat kematian.

“Ini perlindungan untuk waris kita, sekurang-kurangnnya waris yang ditinggalkan dapat membina kehidupan dan meneruskan kehidupan tanpa terganggu.

“Maka ianya harus kita berikan satu tumpuan dan juga sambutan yang baik untuk membantu kita semasa di dalam kesusahan atau di dalam bencana atau sebarang perkara yang tidak diingini,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu.

Lantaran itu, beliau menyeru agar ahli-ahli PAS menyertai SkimPAS dan menyokongnya sebagai satu usaha yang terbaik dan terpuji untuk membantu diri sendiri dan ahli keluarga bila diperlukan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan mock cheque bernilai RM10 ribu kepada waris Almarhum Wan Mohd Nor di Kampung Pasir Garam Beserah di sini kelmarin.

Sementara itu balu almarhum Maizan Arop merasa sangat terharu dan berterima kasih kepada PAS Cawangan Beserah Tengah yang telah mencarumkan nama suaminya sebagai ahli SkimPAS.

Tambah beliau yuran keahlian dibayar oleh cawangan setiap tahun sehinggalah suaminya meninggal dan kini beliau dapat merasai faedah dari caruman tersebut.

Turut hadir adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang Rohaya Razali, Pengurus SkimPAS kawasan Indera Mahkota Mohd Yusoff Hashin, Pegawai-Pegawai Khidmat DUN Beserah dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Beserah Tengah.