Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Agihan BERKAT ringankan beban perbelanjaan harian golongan B40 Rantau Panjang

41
SHARE

Mac 6, 2024

RANTAU PANJANG : Lebih kurang 40 orang di kawasan Parlimen Rantau Panjang telah menerima sumbangan agihan beras dari Projek BERKAT Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Agihan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Rantau Panjang dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rantau Panjang.

Beliau berkata, “Penduduk setempat yang menerima bantuan dari Projek BERKAT ini adalah dari golongan B40 yang telah mengunjungi Pusat Khidmat kita bagi membuat permohonan bantuan.”

Tambah beliau lagi, “Kami juga turut bergerak menziarahi dari rumah ke rumah bagi menyantuni penduduk yang memerlukan dan mendengar masalah mereka secara lebih dekat.”

“Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang,” kata beliau menitipkan harapan.

Rata-rata penerima merakamkan penghargaan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang terlibat dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka.

Beliau mengakhiri komentarnya dengan menyampaikan penghargaan terhadap Projek BERKAT ini yang sangat membantu rakyat Malaysia dan secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang terlibat.