Februari 27, 2024
KEPALA BATAS – Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah selesai menyampaikan sumbangan melalui projek Beras Untuk Rakyat (BERKAT) kepada penerima terdiri daripada kalangan asnaf dan B40 di sekitar kawasan Parlimen Kuala Batas, baru-baru ini.
Projek BERKAT kali ini berjaya membantu 40 orang yang memerlukan, berikutan sebahagian mereka terputus daripada mendapat bekalan makanan dan telah mengunjungi pusat khidmat kawasan Kuala Batas bagi memohon bantuan yang berkenaan.
Rombongan Muslimat PAS Malaysia ini dipimpin oleh YB Dr. Siti Mastura Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas bersama Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kepala Batas dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas.
Lanjutan itu, YB Dr. Siti Mastura Muhammad menyampaikan sumbangan dengan menziarahi penduduk dari rumah ke rumah di samping menyantuni dan beramah mesra serta mendengar segala aduan masalah penduduk sekitarnya.
Menurut YB Dr. Siti Mastura Muhammad, “Inshaallah, semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban semua penerima dan moga usaha ini diberkati oleh-Nya. Tugas yang memimpin adalah memastikan yang dipimpin mendapat sesuatu yang sepatutnya menjadi hak mereka” kata beliau.
Projek BERKAT ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk dan akan disalurkan kepada seluruh rakyat yang memerlukan.
Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia