Home Berita PAS Pahang

Jentera penerangan mantapkan media sosial

87
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 26 Feb – “Banyak isu yang timbul bertubi-bertubi kadang-kadang kita hanya mampu bertahan tetapi tidak mampu menerangkan.

“Maka disinilah peranan orang penerangan memahirkan diri dalam penggunaan media sosial bagi menerang serta menyebarkan berita yang sahih dan benar,” kata Ahli Undangan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra ADN Beserah bersama dengan Ketua-Ketua Penerangan PAS kawasan Indera Mahkota kelmarin di Balok Kuantan.

“Rakyat akan merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan sebarang info tidak kira samada ianya sahih atau palsu bahkan lebih teruk yang berbentuk fitnah, ” ujarnya.

Tambahnya lagi, bahan-bahan rujukan maklumat akan diselaraskan secara berpusat daripada satu sumber rasmi agar rujukannya jelas dan lebih tersusun.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Indera Mahkota Muhamad Izwan Abu Bakar berkata penggunaan media sosial membolehkan para pengguna berkongsi maklumat, berinteraksi dengan segera, berkomunikasi secara dua hala.

“Dulu media tradisional seperti televisyen, radio dan surat khabar menjadi medium penting, namun kini semuanya boleh dilakukan menggunakan hanya telefon bimbit.

“Ini memudahkan urusan kita dengan mengguna kaedah tersebut, kena kuasai medan yang ada supaya masyarakat dapat maklumat yang kita nak sampaikan,” ujar beliau.

Tambahnya, jawatankuasa penerangan perlu lebih proaktif supaya peranan masing-masing dapat diperkasakan dalam memastikan arahan pimpinan dan penyebaran maklumat dan aktiviti parti atau wakil rakyat kepada rakyat dapat disampai hingga ke akar umbi.