Home Berita PAS Terengganu

10,000 Peminat Skuter ‘Gegar’ Terengganu

200
SHARE

KUALA NERUS – 10,000 peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering 2.0 yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program yang sudah memasuki penganjuran kedua itu telah memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini.

“Membabitkan pengusaha rumah inap, kedai makan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan di negeri ini semuanya merasai kesan serta impak kedatangan pelancong, antara porgram yang diadakan pada SGM kali ini ialah aktiviti santai ke destinasi wajib singgah di Terengganu.

“Dengan pelbagai program dan karnival yang terus diadakan di negeri ini telah menjadikan Terengganu kini menerima kunjungan hampir satu juta pelancong hanya dalam masa dua bulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program SGM2.0.

Mengulas lebih lanjut, Razali berkata pihak kerajaan negeri tidak ada masalah untuk terus membantu pihak penganjur mengadakan program itu pada setiap tahun.

“Kita dapat lihat program pada kali ini memang betul-betul meriah dengan disedikana hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah pakej mengerjakan umrah dan tiga buah skuter,” katanya.

Dalam pada itu pengarah program, Wan Mohd. Zulhafeeza Wan Mohd Yusof berkata, program selama dua hari itu terus diadakan kerana kejayaan edisi pertama lalu yang menerima sambutan luar biasa.

“Pada kali ini program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), serta telah mendapat penyertaan bukan hanya peserta dari dalam negara bahkan luar negara yang  datang dari Thailand dan Singapura,” ujarnya.