Home Berita PAS Sabah

“Cancer fighter” bukan penghalang untuk bergraduasi

41
SHARE

Nur Nafisah Jumaidin
13 Februari 2024

KINABATANGAN – Walaupun masih dalam tempoh menerima rawatan melawan kanser, namun itu tidak mematahkan semangat seorang guru PASTI untuk hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen Guru PASTI Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Seramai lebih 100 orang graduan guru PASTI Sabah telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen PASTI Negeri Sabah dan salah seorang graduan tersebut iaitu Noraini Jukrana, 43 tahun merupakan penghidap kanser limfoma tahap kedua.

Menurut Pengurus PASTI kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, beliau merupakan guru yang paling lama berkhidmat di PASTI Kinabatangan.

“Hampir 11 tahun beliau telah mengajar di PASTI Darul Zakaria yang bertempat di Kampung Batu Puteh Kinabatangan.”

“Sehingga kini, beliau masih kerap turun ke Kota Kinabalu untuk menjalani sesi rawatan dan berjumpa dengan doktor pakar.”

“Walaupun begitu, masalah yang dihadapinya itu tidak mematahkan semangat beliau untuk menghabiskan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak yang diikutinya sejak tahun 2022 lagi,” jelas beliau lagi.