Home Berita PAS Perak

Kejayaan graduan PASTI Nurul Haq dihargai

142
SHARE

Oleh: Ez

25 Januari 2024

KAMUNTING : Usaha graduan pelajar PASTI Nurul Haq yang telah berjaya menamatkan pengajian sehingga berumur 6 tahun dan lain-lain kejayaan dihargai menerusi Majlis Anugerah Prestasi (MAP).

Majlis penuh gilang gemilang itu telah berlangsung di Dewan Taman Palma Puteri , di sini pada 25 Januari yang lalu dengan kehadiran penuh daripada ibu bapa dan penjaga pelajar masing-masing.

Pengurus PASTI Nurul Haq , Haji Abdul Rahman Hatim berkata, menjadi tanggungjawab pendidik di pusat asuhan berkenaan untuk melahirkan murid yang unggul dalam semua aspek.

“Kita harapkan kemajuan Pasti semakin meningkat dari semasa ke semasa dalam membantu melahirkan generasi yang unggul dalam aspek sahsiah, ilmu dan amalan bertunjangkan Islam, iman dan ihsan,” katanya.

Upacara perasmian pula telah disempurnakan oleh Pengerusi PASTI Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Bukhari Abdullah.

Lebih meriah lagi, pelbagai acara yang berlansung sebagai permulaan dan selingan majalis ini seperti persembahan azan, bercerita ,khutbah dan nasyid daripada pelajar-pelajar PASTI.

Seramai 80 pelajar PASTI yang telah diraikan dengan pelbagai anugerah antaranya anugerah mumtaz murid 5 dan 6 tahun, Anugerah Celik Minda, Celik Sahsiah, Celik Quran, Celik Bahasa ,Celik CERDAS dan penyampaian sijil tamat persekolaan PASTI kepada semua graduasi PASTI yang berumur 6 tahun.