Oleh : Ez
28 Januari 2024
TRONG : Bersempena musim peperiksaan pada tahun 2023/2024 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ,semua calon-calon SPM,STPM dan STAM telah diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Trong , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman semalam.
Program anjuran Pusat Khidmat ADUN Trong telah berlangsung di Masjid Nurul Hidayah ,Sungai Bemban di sini bermula pada pukul 8 malam.
Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah,bacaan surah Yassin,munajat khas dan doa selamat bersempena mengambil keberkatan kepada bakal calon peperiksaan tersebut.
Muhammad Faisal yang ditemui berkata majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan Allah S.W.T serta dipermudahkan semua urusan semua pelajar- pelajar ini.
“Adalah diharapkan semua urusan calon SPM,STPM dan STAM ini dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah dan sentiasa bersemangat,”katanya.
Program yang telah dijalankan ini mendapat sambutan yang baik oleh ibu bapa dan pelajar-pelajar serta kerjasama yang diterima amat memberangsangkan.
Program diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak penganjur program.