Home Berita PAS Pahang

Muslimat Bentong perkukuhkan gerak kerja parti

70
SHARE

OLEH : ZAIBIDAH ABDULLAH

BENTONG, 10 Dis : Muslimat Bentong bergabung idea bagi memantapkan gerak kerja sebagai persediaaan menghadapi pilihanraya ke-16.

“Kami bermuhasabah dalam gerak kerja yang lalu dan merancang supaya setiap aktiviti yang akan dilaksanakan nanti lebih tersusun dan mencapai sasaran yang ditetapkan,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof.

Beliau yang juga sebagai Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pahang telah penyampaikan watikah pelantikan ketua-ketua lajnah sebagai Ahli Jawatankuasa DMPK.

“Semoga dengan perlantikan ini muslimat terus istiqamah dan dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab,” ujar Yusma lagi.

Program ini telah dirasmikan oleh Yusma dengan kehadiran ketua-ketua lajnah bersama setiausaha masing-masing di Bilik Operasi DUN Ketari di sini semalam.