Home Berita PAS Terengganu

𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗧𝗨 𝗖𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗜𝗦𝗦 𝗖𝗢𝗦𝗠𝗢𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝟮𝟬𝟮𝟯

110
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Cosmoworld 2023.

Penganjuran pertandingan ini jelas menjadi duri dalam daging bagi meracuni pemikiran dan budaya rakyat Malaysia yang jelas bertentangan dengan budaya rakyat negara ini.

DPPNT ingin menegaskan bahawa penganjuran pertandingan ini mempunyai mudarat yang lebih besar kepada anak bangsa.

Tindakan membenarkan budaya pertunjukkan yang dikhabarkan akan berbikini ini akan menjadi bom jangka kepada negara kita khususnya buat anak muda yang jelas akan mengotorkan pemikiran anak muda dengan budaya fesyen yang melampau.

DPPNT juga ingin meluahkan rasa kekecewaan terhadap sikap kepimpinan utama negara yang tanpa segan silu membenarkan penganjuran raru cantik ini di Malaysia tanpa memperdulikan masalah yang dihadapi oleh rakyat bagi menghadapi tekanan hidup semasa rakyat.

Justeru itu, DPPNT menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya pemuda Terengganu untuk bersama-sama menolak penganjuran pertandingan ratu cantik ini sekaligus menuntut pembatalan pertandingan ini daripada kerajaan yang menganggap diri mereka MADANI.

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙃𝙖𝙢𝙙𝙞 𝘿𝙖𝙩𝙤 𝙃𝙖𝙧𝙤𝙣
𝘕𝘢𝘪𝘣 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢
𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶