Home Berita PAS Terengganu

PRK kemaman; Anak muda diseru keluar mengundi

9
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Anak muda di Kemaman diseru agar keluar mengundi pada 2 Disember, jadilah generasi yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak mudah ditipu atau tertipu.

Ketua Ameerah negeri Terengganu, Asma Abdullah berkata, undi pada kali ini penentu masa depan negara.

“Kecil bagi anda, besar di sisi agama dan negara.

“Jika sayangkan masa depan kita, bersama tunaikan kewajipan mengundi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Justeru itu, pilih dan undi lah calon dari PAS, Dato’ Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk P040 Kemaman.

“Bukti sudah jelas di depan mata, tinggal lagi kita untuk membuat pilihan.

“Ayuh anak muda, jangan ragu lagi,” katanya.

Beliau menambah, anak muda kena sedar, tanggungjawab mengundi adalah kewajipan buat semua yang bergelar rakyat Malaysia.

“Kesan daripada keputusan pilihan raya akan mempengaruhi corak pemerintahan dan masa depan sesebuah negara, juga negeri,” tambahnya lagi.