Home Berita PAS Terengganu

Anak muda perlu didedahkan dengan isu semasa

8
SHARE

MARANG – Anak muda pada hari ini perlu diberikan pendedahan mencukupi terhadap pelbagai isu semasa yang sedang berlaku di tanah air.

Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT), Dr Hamidah Harun berkata, hakikatnya masih banyak golongan muda yang tidak menganggap perlu memahami cara politik, hanya mengikut aliran sahaja.

“Bila kita berbicara berkenaan politik kebiasaan dengar politik itu kotor.

“Politik merupakan sebahagian daripada ilmu pemerintahan dan pentadbiran yang perlu difahami.

“Jika kita tidak memahami isu politik di tanah air, ia boleh memberikan kesan kepada kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dalam program Forum Anak Muda Sayang Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Marang pada Selasa, 21 November.

Katanya, sekiranya tidak peka terhadap isu-isu tanah air, perebutan kuasa yang rakus mungkin berlaku.

“Penyalahgunaan kuasa berlaku apabila pemerintahan diserahkan kepada individu yang tidak layak.

“Mereka merasa diri tinggi melebihi kuasa tuhan, dan akhirnya tidak menghiraukan dosa dan pahala.

“Kita yang akan menjadi korban politik kotor,” ujar beliau.

Tambah beliau, pada hari ini berlaku kenaikan harga yang tidak masuk akal.

“Mereka tidak sedar sehingga harga barang menjadi tidak stabil.

“Ketidakstabilan harga barang mencipta ketidakadilan, meningkatkan masalah jenayah, dan memberi ruang kepada hiburan yang melampau.

“Ini disebabkan oleh cara mereka mengurus negara tanpa berpandukan kepada prinsip Islam,” tambah Dr Hamidah.

Justeru itu, beliau berharap orang ramai sedar akan kepentingan memahami isu-isu semasa pada hari ini.