Home Berita PAS Sabah

PAS Kawasan Kinabatangan serah sumbangan kepada pesakit kanser

53
SHARE

28 September 2023
Oleh: Fatiha Mohamad

KINABATANGAN: Nasib seorang pesakit kanser leukemia yang berusia 6 tahun mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Kinabatangan.

Alif naim bin Norishan yang merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik telah disahkan menghidap kanser tersebut pada tahun 2020.

Ayah Alif Naim berkerja sendiri manakala ibunya yang merupakan jururawat terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga Alif Naim.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz bin Baitul Makmur pihaknya prihatin terhadap penderitaan dan ujian yang ditanggung oleh alif naim serta ahli keluarga mereka.

Oleh itu katanya, PAS Kawasan Kinabatangan telah mengambil inisiatif untuk membuka sumbangan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

PAS Kawasan Kinabatangan berkesempatan untuk turun menziarahi dan menyerahkan sumbangan orang awam pada majlis sambutan hari lahir Alif Naim di Dewan Sri Lamag.

Ziarah tersebut dipimpin oleh Naib Yang dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieya Pudding, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, Ketua Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan, Liyana Dahon bersama dengan ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.