Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu ziarah keluarga anak yatim

39
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
4 September 2023, Isnin

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan Aman Jaya telah mengadakan ziarah musibah buat 2 buah keluarga yang masing-masing telah kehilangan bapa akibat kemalangan jalan raya berasingan di sini, kelmarin.

Program ini diketuai oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Lahad Datu merangkap Ketua Cawangan PAS Cawangan Aman Jaya, Ustaz Zaki Ibrahim bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu Landari Labobo dan Ketua Dewan Muslimat PAS Lahad Datu, Syahidah Mokhtar.

Menurut Landari, pada 13 Julai 2023 yang lalu, satu kemalangan tragis yang telah melibatkan dua mangsa maut dalam satu kejadian kemalangan sebuah lori terbabas sendiri membawa muatan baja di Jalan Beluran-Paitan, salah seorang daripada mangsa tersebut tinggal di Kampung Bugis Batu 2, Lahad Datu.

Balu Allahyarham Rusmini Burak redha atas pemergian suami yang baharu saja bekerja di syarikat berkenaan, Allahyarham juga turut meninggalkan tiga orang anak.

Seterusnya, PAS Lahad Datu juga turut menziarahi satu lagi keluarga yang berada di Kampung Tabanak juga telah kehilangan bapa akibat kemalangan motosikal di Batu 3 Jalan Segama kira-kira 3 minggu lalu.

Allahyarham telah meninggalkan dua orang anak dan kini anak-anak tersebut tinggal bersama datuk dan nenek mereka.

Sumbangan berbentuk dua kampit beras dan wang tunai hasil daripada sumbangan orang awam sekitar Lahad Datu.

Turut hadir mengagih sumbangan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis.