Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmati kemerdekaan ini.
Sebagai rakyat berbilang kaum, sikap bertoleransi, hormat-menghormati dan cintakan negara adalah antara ramuan yang diperlukan untuk membina sebuah negara yang sejahtera.
Marilah kita terus memainkan peranan sebagai warganegara yang teguh mempertahankan kedaulatan negara dan anggota masyarakat yang prihatin antara satu sama lain.
Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan negara kita Malaysia.
Semoga merdeka yang dinikmati hari ini dapat juga dirasai oleh anak cucu kita nanti insyaAllah.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat semua rakyat Malaysia.
Ustaz Azhar Bin Yahya
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan