Home Rencana PAS Wilayah

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke – 66

188
SHARE

Malaysia sudah mengharungi 66 tahun sebagai negara merdeka. Sungguhpun begitu, berapa ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan.

Semoga Hari Kebangsaan disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.

Generasi muda pasti menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Dari Kelantan Ke Negeri Melaka,
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka, Hidup Aman Tiada Keperitan.

Tulus ikhlas

PAS KAWASAN WANGSA MAJU
DEWAN ULAMAK PAS KAWASAN WANGSA MAJU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN WANGSA MAJU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU