Home Melaka

Rencana | PN menang lima kerusi DUN Negeri Sembilan – pencapaian luar biasa

126
SHARE

Oleh IBNU JANIE

SEPATUTNNYA keputusan sebenar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 bagi Negeri Sembilan tidaklah sukar mana pun untuk dijangka atau dikira. Semua kerusi DUN di negeri ini dimenangi PH dan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU)14. Kalau tidak PH, BN, kalau tidak BN, PH.

2. Kerana itu penulis katakan bahawa sepatutnya tidak susah untuk menjangkakan keputusan pada PRN15 ini bagi PH dan BN yang kini sudah pun bergabung seusai PRU15 lepas.

3. Sekiranya pengundi PH sahaja kekal mengundi PH di kawasan yang sudah dimenangi PH tanpa undi BN dan sekiranya pengundi BN sahaja keluar mengundi calon BN di kawasan yang sudah dimenangi BN tanpa undi PH, maka sepatutnya keputusannya adalah sama dengan keputusan pada PRU14.

4. Lebih-lebih lagilah jika undi PH dan undi BN digabungkan sudah tentu sewajarnya gabungan PH-BN pada kali ini akan menyapu bersih semua kerusi di Negeri Sembilan tanpa meninggalkan sisa sedikit pun pada pembangkang.

5. Tetapi ia tidak jadi begitu. PERIKATAN NASIONAL yang merupakan pembangkang berjaya memperolehi lima kerusi DUN di sebalik logik matematik bahawa lima campur lima sama dengan sepuluh. Tetapi dalam logik politik, lima campur lima mungkin jadi enam sahaja.



6. Begitulah rencamnya pengundi dalam membuat keputusan pilihan raya. Ditambah lagi dengan berlaku perubahan yang kerap dalam kerjasama antara parti semenjak PRU14 menjadikan sokongan rakyat terhadap sesuatu parti sukar dijangka.

7. Satu perkara yang menarik dalam keputusan pilihan raya kali ini ialah ia keputusan terbaik yang pernah dicapai bukan sahaja oleh PAS, malah oleh BERSATU sendiri.

8. Ini adalah kerana semasa BERSATU semasa dalam PH pada PRU14, parti itu juga tidak memenangi sebarang kerusi walau pun PH pada masa itu berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. PAS pula hanya pernah memenangi sekali sahaja iaitu kerusi DUN Paroi pada PRU12 (tahun 2008).

9. Jadi, mendapat tiga kerusi bagi PAS dan dua kerusi bagi BERSATU adalah satu pencapaian yang luar biasa lebih-lebih lagi pada PRU15 bagi kerusi parlimen pada tahun lepas kedua-dua parti ini juga tidak memenangi apa-apa kerusi.

10. Selain memenangi lima kerusi PERIKATAN NASIONAL juga kalah majoriti tipis di bawah 1000 undi di beberapa DUN iaitu DUN Juasseh yang kalah dengan majoriti 78 undi, Kota (135), Seri Menanti (370), Sungai Lui (535), Palong (564), Senaling (662), Lenggeng (685) dan Jeram Padang (693).

11. Di DUN Serting BN memperolehi 9469 undi merosot daripada 9782 yang diperolehi parti itu pada PRU14 walau pun jumlah pengundi berdaftar meningkat daripada 21,146 kepada 30,287 pengundi

12. Walau pun berdasarkan keputusan pada pilihan raya Parlimen PRU15 PN telah mendapat undi kemenangan bagi tiga DUN iaitu Bagan Pinang, Lenggeng dan Labu, namun Lenggeng gagal meneruskan pencapaian itu.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Md Zain kini ADUN Paroi

13. Kekecewaan orang Melayu terhadap tindakan Umno BN bersekongkol dengan PH-DAP antara faktor utama mengapa prestasi BN merosot. Kekecewaan pengundi PH terhadap parti kesayangan mereka itu yang bekerjasama dengan BN pula menjadi faktor kemerosotan undi PH.

14. Namun persaingan sengit berlaku hanya di kawasan majoriti Melayu. Bagi kawasan majoriti bukan Melayu yang kebanyakannya diwakili DAP atau PKR menyaksikan PH menang dengan majoriti besar. Pengundi-pengundi bukan Melayu dilihat tidak begitu terkesan dengan penggabungan PH-BN.

15. Tidak cukup dengan kekecewaan orang Melayu terhadap Umno-BN dengan tindakan parti itu bergabung dengan PH-DAP, orang Melayu Negeri Sembilan sekali lagi dikecewakan apabila Umno BN gagal merebut jawatan Menteri Besar dari PH walau pun Umno adalah parti individu terbesar dalam kerajaan.

16. Pada masa ini pemimpin kedua-dua parti ini iaitu PH dan BN sedang berkecamuk menyalahkan antara satu sama lain akibat prestasi buruk mereka dalam PRN ini di seluruh negara walau pun berjaya kekal memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

Ketua BERSATU Bahagian Rasah, Mohamad Hanifah Abu Baker kini ADUN Labu
Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa, ADUN Serting
Yang Dipertua PAS Kawasan Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria ADUN Bagan Pinang.


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak bertarikh 18 Ogos 2023.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH