Home Berita PAS Perak

TAHNIAH MENTERI BESAR KELANTAN

766
SHARE
𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗡𝗮𝗶𝗺
Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Hj. Daud atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan serta seluruh barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Satu tindakan yang proaktif apabila agamawan dan teknokrat disatukan dalam satu gabungan.
Saya yakin dan percaya insya-Allah, halatuju kerajaan negeri Kelantan dalam lima tahun ini berada di landasan yang betul membawa rakyat negeri ini cemerlang di daerah duniawi dan ukhrawi.
Siiru ‘ala barakatillah.
YB Razman bin Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak