Home Berita PAS Johor

Kekuatan perjuangan Islam adalah gabungan Pemuda dan As-Sabiqun

43
SHARE
Jurufoto : Abdul Aziz Yunos

Oleh NAZIRUL MUNIR

BATU PAHAT, 4 Ogos : Di antara kekuatan perjuangan Islam itu ialah gabungan jalin antara semangat pemuda dan hikmah kebijaksanaan golongan As-sabiqun

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam program Munajat Pilihanraya dan Liqa Fikri PAS Batu Pahat di Dewan Haji Abbas, KomPAS, di sini, semalam.

“Dalam konteks perjuangan di tanah air kita, lebih 73 tahun PAS berada di persada Politik Negara.

“Kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk memegang panji Islam melebarkan panji islam , berada dalam zon perjuangan yang berkesinambungan.

“Kerana Allah memilih kita, untuk meneruskan perjuangan ini menyambung perjuangan orang yang dahulu yang istiqamah diatas jalan Allah SWT, walaupun kita banyak kekurangan, kelemahan”, ujarnya.

Abdullah Husin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Johor menyatakan PAS Johor terus beri komitmen membantu Negeri Sembilan.

“Dalam menghadapi Pilihanraya 6 buah negeri, kita dipertanggungjawabkan untuk membantu Negeri Sembilan.

“Yang mana kita menganggap penyertaan kita, bantuan pertolongan kita dalam pilihanraya negeri ini sebagai kerja-kerja jihad untuk memenangkan islam”, kata beliau.

Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Abu Irfan Muhammad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu Pahat serta Ahli Jawatankuasa Dewan-dewan Kawasan Batu Pahat.