Home Berita PAS Negeri Sembilan

Rozmal Malakan Sah Bertanding di Rantau

118
SHARE

SENDAYAN, 29 Julai: Calon Perikatan Nasional, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan sah bertanding dalam Pilihanraya Negeri(PRN) kali ke-15 N.27 Rantau.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membuat pengumuman penamaan calon DUN Rantau di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini pagi tadi.

Menurut wakil Calon, Izamri Med, Rozmal Malakan bakal melawan calon Pakatan Harapan, Dato” Seri Utama Mohamad Hasan (Tok Mat) yang merupakan penyandang wakil Rakyat di sini semenjak tahun 2004 lagi.

Melalui temuramah Wartawan Rakyat pagi tadi, Rozmal menyatakan keyakinan mampu mengalahkan Tok Mat walaupun lawan beliau itu dikatakan sebagai calon ‘heavy weight’ kerana di dalam pilihanraya bermacam-macam perkara boleh berlaku.

Beliau berkata, ” Saya rasa bukan mustahil PN boleh menang dalam PRN kali ini memandangkan Gelombang Kebangkitan Rakyat telah wujud di sebelah utara dan di sebelah timur tanah air dan tidak mustahil gelombang tersebut bakal sampai di sebelah selatan pula”.

Beliau yakin kemenangan bergantung kepada kesungguhan dan kemampuan jentera untuk meyakinkan pengundi untuk memilih calon PN pada 12 Ogos nanti.

Terdahulu, Rozmal mengucapkan terima kasih kepada pimpiman PN kerana telah memberi amanah kepada beliau menjadi calon serta rakan-rakan seperjuangan yang turut bertanding mewakili PAS, BERSATU dan GERAKAN dalam 36 DUN yang ditandingi di Negeri Sembilan.