Home Berita PAS Negeri Sembilan

PN Negeri Sembilan umum 34 calon PRN ke-15

814
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

SEREMBAN, 27 Julai : Seramai 34 orang calon dari Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan diumumkan bagi pilihan raya negeri (PRN) ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di Dewan Perdana KRS, Bandar Warisan Puteri, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan diumumkan bertanding di N.18 Pilah.

Manakala Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Sembilan, Lee Ban Fatt diumumkan bertanding di N.24 Seremban Jaya.

Seramai 15 orang calon bakal mewakili Bersatu, manakala PAS (13) dan Gerakan (5).

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, YB Ustaz Zulkefli Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin serta Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil

Kesemua calon diumumkan sejurus setelah selesai majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Berbaki 2 orang calon akan diumumkan oleh Perikatan Nasional Negeri Sembilan kemudian bagi melengkapkan 36 DUN yang akan ditandingi.

Senarai Penuh Calon Perikatan Nasional Negeri Sembilan :

N.01 Chennah – Rosmadi Arif
N.02 Pertang – Amirudin Hassan
N.03 Sungai Lui – Mohd Nordin Hasim
N.04 Klawang – Danni Rais N.05 Serting – Mohd Fairuz Mohd Isa
N.06 Palong – Noor Azuan Parmin
N.07 Jeram Padang – Akan diumumkan kemudian
N.08 Bahau – Kumar S. Paramasivam
N.09 Lenggeng – Mohd Fadli Che Me
N.10 Nilai – Gan Chee Biow
N.11 Lobak – Ng Soon Lean
N.12 Temiang – Chua Eng Pu
N.13 Sikamat – Ahmad Raihan Muhamad Hilal
N.14 Ampangan – Muhammad Ghazali Zainal Abidin
N.15 Juasseh – Eddin Syazlee Shith
N.16 Seri Menanti – Jamali Salam
N.17 Senaling – Amrina Mohd Khalid
N.18 Pilah – Rafiei Mustapha
N.19 Johol – Kamarudin Md Tahir
N.20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
N.21 Bukit Kepayang – Subramaniam Purushotbama
N.22 Rahang – Lee Boon Shian
N.23 Mambau – Sathes Kumar Nilammeham
N.24 Seremban Jaya – Lee Ban Fatt
N.25 Paroi – Kamarol Ridzuan Mohd Zain
N.26 Chembong – Bakly Baba
N.27 Rantau – Rozman Malakan
N.28 Kota – Ahmad Shukri Abdul Shukor
N.29 Chuah – Tang Jay Son
N.30 Lukut – Ragu Subramaniam
N.31 Bagan Pinang – Abdul Fatah Zakaria
N.32 Linggi – Zamri Said
N.33 Sri Tanjung – Akan diumumkan kemudian
N.34 Gemas – Ridzuan Ahmad
N.35 Gemencheh – Tengku Abdullah Tengku Rakman
N.36 Repah – Yong Li Yi