Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau ziarah kematian pesakit OKU

83
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S

22 JULAI 2023

KENINGAU: PAS Keningau melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau telah mengadakan ziarah kematian ke atas seorang pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 63 tahun yang telah dijemput Ilahi pada 20 Julai Rabu lalu setelah 7 tahun terlantar sakit di rumahnya di Kampung Merampong Keningau.

Ziarah kematian ini diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS), Nor Azian Sapiai yang juga merupakan ketua DMPK Keningau.

Hadir bersama dalam ziarah tersebut ialah Rafiah Sulaiman, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Keningau (DMPK) dan Timbalan Yang Dipertua PAS Keningau, Haimin Yusof.

Sumbangan wang tunai dan bantuan pinjaman katil hospital dari PAS Kawasan Keningau yang telah digunakan sejak tahun 2019 untuk memudahkan ahli keluarga dalam urusan penjagaan pesakit sedikit sebanyak bagi menampung kos sepanjang rawatan semasa hidup pesakit.

PAS Keningau berharap semoga ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dan tabah serta dikurniakan pahala atas kebaikan menjaga pesakit.