Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | 750 murid sertai Fun Run & Ride PASTI Melaka

183
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS & HANIFF ABD RAHIM

KELEBANG, 21 Jun: Seramai 750 orang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh Melaka telah menyertai program Fun Run & Fun Ride peringkat negeri yang berlangsung di Dataran 1Malaysia, di sini pada pagi tadi.

Program anjuran Jabatan PASTI Negeri Melaka ini terbahagi kepada dua kategori iaitu larian (Fun Run) dan berbasikal (Fun Ride) yang bukan berkonsepkan pertandingan namun hanya sebagai aktiviti riadah santai dengan semua peserta menerima pingat sebagai cenderahati penyertaan kenang-kenangan.

Program dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail dengan Timbalan Pesuruhjaya-2, Ustaz Imran Abdul Rahman turut hadir sebagai tetamu kehormat.

Turut berucap dalam majlis perasmian ringkas itu ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Muhammad Al Hafiz Yahya dan Pengarah PASTI Melaka, Ustaz Mohd Norfaizal Nordin.

Saksikan foto-foto menarik terakam oleh Lensa WARM:


KEHADIRAN PESERTA DAN SENAMAN REGANGAN


MAJLIS PERASMIAN


AKTIVITI RIADAH FUN RIDE  (BASIKAL)

 


AKTIVITI RIADAH FUN RUN (LARIAN)


SEMUA BERJAYA!!

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH