Home Kenyataan Media PAS Kedah

DUA KALI SULTAN KEDAH BERTITAH ISU KXP

258
SHARE

 

12 Mac 2023

Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14

Beri keutamaan kepada pembangunan KXP

“Pada 24 Februari, Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, cadangan pembangunan KXP yang menjadi salah satu projek berimpak tinggi negeri tidak diberi keutamaan.”

“Beta berpandangan projek KXP wajar diberi petimbangan.”

Hubungan Persekutuan dan Negeri.

“Hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bukan hanya perlu dijaga malah perlu ditunjukkan bahawa ia dijaga.”

“Beta berharap tahap profesionalisme yang tinggi antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.”

18 Jun 2023

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-81.

1.Projek KXP diberi layanan adil

“Mustahak bagi negeri Kedah untuk memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memudahkan pergerakan keluar masuk barangan dan ekport ke luar negeri.”

“Beta menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang menjadi sebahagian daripada Kedah Aerotropolis diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya oleh pihak-pihak terlibat.”

2.Kerjasama Persekutuan dan Negeri

“Beta berpendapat hasrat ini akan dapat disegerakan sekiranya kerajaan Beta dan Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama, dan pucuk pimpinan mampu mengenepikan perasaan peribadi dalam mentadbir hal ehwal berkaitan pembangunan.”

“Amatlah rugi sekiranya projek pembangunan ini tidak dilaksanakan hanya disebabkan oleh perbezaan pandangan dan pemahaman politik antara pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dan persekutuan.”

Menjunjung kasih Tuanku atas keprihatinan dan kebersamaan bersama pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Semalam, DS Anwar Ibrahim mendoakan Tuanku Sultan Kedah dalam hantaran beliau di media sosial dan memberi jaminan,

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.”

Rakyat Kedah akan berpegang dengan kata-kata ini dan berharap ada perkembangan baik daripada pihak Persekutuan untuk projek KXP.

Sesungguhnya, tidak menjawab 3 kali surat yang dihantar kerajaan negeri Kedah adalah lebih biadab dan tidak profesional.

Sekian.

USTAZ NASRUN BIN OTHMAN

Ketua Pemuda PAS Kedah

19 Jun 2023