Home Berita PAS Sabah

Ziarah Kasih Mualaf pupuk ikatan persaudaraan

93
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
7 Jun 2023

TUARAN: PAS Kawasan Tuaran bersama Dr Aliakbar Gulasan telah mengadakan program Ziarah Kasih Mualaf di Kampung Logkou Lama Kiulu, Tuaran dekat sini kelmarin.

Menurut ADUN lantikan Sabah itu, program tersebut bertujuan untuk memupuk nilai persaudaraan di antara mereka di samping menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas.

“Allah taala jadikan kita ini bersaudara, walaupun di kalangan kita ini tidak mengenali antara satu sama lain.

“Kita daripada PAS juga akan cuba membantu dalam pembinaan surau di tapak tanah yang disediakan,” katanya yang juga Setiausaha PAS Sabah semasa majlis.

Selain itu, Pengerusi Surau Kampung Logkou, Siderman Mamat turut menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan.

“Bersyukur kerana baru ada YB yang sudi berprogram dan memberikan bantuan bersama penduduk di kampung kami ini,” katanya ketika ditemui.

Penyerahan sumbangan itu melibatkan anak yatim, ibu tunggal dan orang yang menghidapi sakit kronik.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Tuaran, Salman Muhammad Amin serta beberapa ahli jawatankuasanya.