Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang terima penghargaan daripada penduduk Taman Terubong Indah

2278
SHARE

Alhamdulillah, Semalam saya di jemput oleh pembeli-pembeli rumah Kondominium Taman Terubong Indah (Majestic Height) dalam majlis penghargaan dan terima kasih kerana membantu mereka mendapatkan semula hak rumah mereka.

Mereka ialah daripada pembeli unit kondominium yang kehilangan rumah di Taman Terubong Indah (Majestic Height) kerana apabila sahaja siap projek tersebut serta bayaran dan potongan bank sudah dibuat tetapi rumah mereka menjadi hak milik orang lain.

Sebelum ini pada Disember 2021 di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri, PAS Pulau Pinang menerima memorendum daripada penduduk untuk disampaikan kepada pihak berwajib dan atas desakan PAS Pulau Pinang dan juga melalui sidang DUN yang isu ini dibawa oleh ADUN PAS Penaga YB Ustaz Yusni Mat Piah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggantikan rumah pangsapuri K-Park di Kuala Jalan Baharu Balik Pulau sebagai pampasan kepada mereka.

Setelah 20 tahun mereka berusaha dan terakhirnya apabila PAS Pulau Pinang membawa isu ini dalam sidang DUN dan mendesak ianya diselesaikan, barulah pemilik-pemilik rumah tersebut dapat menarik nafas lega.

Turut hadir perjumpaan penghargaan berdama penduduk ialah YDP PAS Tanjong Tuan Yaakob Omar, Pengerusi DHPP Pulau Pinang Tuan Jayaraman dan Mantan Calon PN Parlimen Bukit Mertajam Saudara Steven Koh.

Terima kasih saya ucapakan kepada semua pimpinan PAS negeri yang sama-sama berusaha membantu menyelesaikan isu ini.

Malaysia Sejahtera

#PASPulauPinang
#PASBalikPulau
#PenangTryyyKalih
#MalaysiaSejahtera
#PNBest
#PerikatanNasional
#BersihdanStabil

Sumber : FB Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff