3 hari lepas Lim Kit Siang ada menulis;
“Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 โ adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang โmemberi dan menerima rasuahโ?”
Jawapan untuk Lim Kit Siang adalah, pembangunan di negeri-negeri pembangkang pada kadar yang rendah adalah kerana diskriminasi pemerintah.
Sebelum ini berlaku sekatan peruntukan kepada negeri majoriti Melayu ini dilakukan oleh BN, yang dahulunya ditentang oleh Lim Kit Siang juga, kini telah menjadi teman rapat.
Akhirnya apa yang dilakukan oleh BN dahulu, seakan-akan diulangi oleh PH yang dipimpin oleh PMX, kawan baik Lim Kit Siang.
Hinggakan Menteri Besar Terengganu terpaksa bersuara dengan penuh kesopanan di depan PMX dalam Majlis Raya Madani di Terengganu semalam, menyampaikan harapan rakyat agar Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti) diturun mengikut jadual.
Lazimnya duit DKKP akan disalurkan pada bulan Mac dan September, malangnya, hingga kini bulan Mei masih tiada yang disalurkan.
Apakah kawan baik Lim Kit Siang, PMX mahu mengulangi apa yang BN lakukan?
Jika ye, maka jawapan kepada persoalan Lim Kit Siang, yang menyebabkan negeri-negeri malay-belt ini mundur adalah diskriminasi pemimpin peringkat persekutuan.
Jika benar Lim Kit Siang betul-betul prihatin terhadap negeri-negeri Malay-belt ini, beliau perlu nasihatkan PMX agar segera salurkan hak milik rakyat Terengganu.
Janganlah hanya membela negeri-negeri PH sahaja. Lihatlah juga negeri-negeri lain sebagai pembangkang. Hormatilah pilihan rakyat yang tidak memilih PH dan BN, barulah anda layak bersuara dan digelar negarawan.
๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐ง๐จ๐ฎ๐๐ ๐๐ฎ๐๐๐๐ฆ
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ
๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ขย ๐๐๐ย ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ