Oleh: Liyana Dahon
22 April 2023
KINABATANGAN: Tradisi tahunan PAS Kawasan Kinabatangan tidak terlepas untuk menyantuni para barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab di pagi syawal.
Program yang dinamakan Sinar Kasih Syawal ini turut menyantuni pesakit-pesakit yang ditahan di wad Hospital Kinabatangan.
Program dimulai dengan ziarah pesakit yang berada di wad kecemasan,wad lelaki, wad perempuan dan kanak-kanak, wad bersalin, farmasi, pembersih hospital dan pengawal keselamatan.
Semua penerima sangat berterima kasih dan menzahirkan rasa gembira dan syukur atas kunjungan PAS Kawasan Kinabatangan menyantuni mereka di pagi raya.
Turut merasa sebak dan terharu apabila salah seorang pesakit yang ditahan di wad meluahkan rasa sedihnya tidak dapat beraya bersama keluarga.
Seterusnya, diteruskan lagi perjalanan ke Balai Polis Daerah Kinabatangan dan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kinabatangan.
Turut hadir, Ust Jumaidin Lakallan, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kinabatangan Tieya Pudding, serta ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.