Home Berita PAS Sabah

PAS sentiasa rai golongan kurang berkemampuan

103
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
19 April 2023

LAHAD DATU: PAS sentiasa berusaha meraikan golongan yang kurang berkemampuan dalam pelbagai keadaan.

Menurut Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis, Majlis Iftar Bersama Asnaf ini antara usaha PAS untuk meraikan mereka berbuka puasa bersama.

“Kami mengharapkan pada masa akan datang, kami dapat meraikan lebih ramai asnaf dalam majlis berbuka puasa seperti ini.

“Kami juga akan memastikan golongan asnaf yang berkelayakan memohon dan mendapat bantuan yang selayaknya daripada kerajaan,” ujarnya yang juga Ketua Lajnah Politik dan Pilihan raya PAS cawangan Aman Jaya.

Seramai 15 orang asnaf diraikan berbuka puasa bersama pimpinan PAS cawangan di sini, semalam.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu, Abdul Razik Tan.

Terdahulu, PAS cawangan menganjurkan Sinar Kasih Ramadan bermula awal Ramadan dengan mengadakan singgah sahur dan menyampaikan bakul makanan kepada asnaf.