KENYATAAN MEDIA
KAMI pimpinan PAS Kawasan Langkawi menyokong penuh dan akan terus mempertahankan kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.
PAS Kawasan Langkawi juga dengan penuh keyakinan yang tinggi bersama YB DATO USTAZ HJ AHMAD BIN YAHAYA memimpin PAS Kedah dalam menghadapi mehnah dan serangan musuh PH-BN.
PAS Kawasan Langkawi berdiri teguh menyokong kedua-dua tokoh besar KEDAH ini dalam memimpin Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Negeri nanti selain seterusnya mengekalkan pentadbiran kerajaan dibawah Payung PN.
Sekian, terima kasih.
MALAYSIA SEJAHTERA
En Zubir Bin Ahmad
Yang Di-Pertua
PAS Kawasan Langkawi