Home Berita PAS Sabah

Ragam si cilik pada hari pertama persekolahan PASTI

186
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.Shom
21 MAC 2023

KENINGAU: Seramai 368 orang murid yang terdiri dari murid lama dan baru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan telah memulakan sesi persekolahan baharu yang bermula kelmarin, Isnin 20 Mac 2023.

Pelbagai ragam, gelagat dan telatah si cilik murid-murid PASTI menghiasi dan mewarnai pada hari pertama persekolahan tersebut.

Semua murid yang hadir kelihatan sangat ceria, bersemangat, yakin dan berani melangkah masuk ke PASTI tanpa ditemani ibu bapa masing-masing.

Kehadiran murid-murid pada hari pertama sesi persekolahan baharu disambut mesra oleh guru-guru PASTI.

Minggu pertama sesi baharu kali ini merupakan minggu orentasi murid-murid di samping mengeratkan dan menceriakan suasana sekolah, melaksanakan aktiviti keceriaan dan perpaduan yang semuanya berunsurkan pembelajaran dan motivasi supaya anak lebih bersemangat serta ceria hadir ke sekolah.

Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru-guru yang mana ia dapat memberi keceriaan dan menyuntik motivasi kepada murid antaranya pengurusan diri, bercerita tentang diri dan keluarga serta membina sikap mandiri dalam diri murid-murid PASTI.

Diharapkan aktiviti minggu pertama akan memberikan murid-murid pengalaman, pengetahuan dan kemahiran serta keceriaan berterusan sepanjang tahun.