Home Berita PAS Pahang

PAS Indera Mahkota menggalas tanggungjawab menjana kemenangan

139
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 16 Mac :: Kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-15 selama empat penggal berturut-turut di DUN Beserah, menaikkan semangat Jentera PAS di DUN tersebut untuk menggalas amanah dan mempertahankan kemenangan.

Bagi menggalas amanah dan mempertahankan kemenangan tersebut, satu Key Performance Indicator (KPI) untuk setiap cawangan akan laksanakan agar setiap gerak kerja yang dirancang mencapai target yang telah ditetapkan.

KPI tersebut memerlukan sokongan dan dokongan yang sangat besar daripada semua peringkat termasuklah dewan-dewan, apatah lagi dalam suasana yang sangat mencabar dan halangan dari pihak yang berlawanan.

“Semua cawangan perlu bangkit untuk mengisi kemenangan, kita dinafikan banyak hak, kita dizalimi dengan berbagai perkara sehingga kita ditutup ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Kita ditutup peluang untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat dan juga agensi-agensi kerajaan, sekatan begini bukan sahaja sekatan-sekatan dalam bentuk kewangan tetapi juga sekatan dalam bentuk fizikal,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Indera Mahkota baru-baru ini .

Tambah beliau, cabaran besar yang dihadapi ini tidaklah menjadi halangan untuk beliau dan ahlinya bergerak untuk mengisikan kemenangan.

Sesuai dengan tema Mesyuarat Agung pada tahun ini iaitu Menggalas Amanah, Menjana Kemenangan.

“Untuk menggalas amanah di DUN Beserah, pelbagai usaha akan diisi untuk mempertahankan kemenangan, manakala di DUN Semambu satu usaha yang keras dan hebat untuk mencapai satu lonjakan yang besar untuk menjana kemenangan di PRU ke-16 nanti.

“Kita perlu melihat bagaimana kita boleh bergerak dalam suasana yang ada pada hari ini dengan lebih tersusun, lebih strategi dan juga dengan lebih memberi implikasi dan impak yang besar kepada ahli masyarakat”, ujar Andansura Rabu yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota.